Daftar Ahli

Pengenalan

Yayasan Takmir, sebuah institusi di bawah naungan WADAH, ABIM dan PKPIM (selepas ini dirujuk sebagai jemaah), telah diamanahkan untuk berperanan sebagai pusat sehenti pendanaan dan pengurusan harta jariah jemaah. Hasil dari dana yang mampan ini adalah untuk untuk digunakan di dalam kegiatan dakwah, kebajikan, pendidikan dan aktiviti-aktiviti lain yang ditentukan oleh jemaah.

Visi

Menjadi pusat sehenti pendanaan dan pengurusan harta jariah jemaah dan ummah untuk pembangunan pendidikan dan dakwah.

Misi

Untuk menghidupkan budaya jariah yang ditumpukan kepada beberapa sasaran pewaqaf. Mempunyai 3 bentuk dana iaitu secara individu, bulanan dan tahunan.
Jariah tunai akan dilaburkan dalam dana/ instrumenpelaburan yang berisiko rendah. Hasil Jariah ini akandigunakan untuk beberapa aktiviti seperti aktiviti pendidikandan dakwah dan sebagainya.
Ahli Lembaga Pemegang Amanah dianggotai oleh merekayang dipercayai oleh masyarakat.
Simbol daun melambangkan pertumbuhan dan keberlanjutan, yang sangat selaras dengan konsep sedekah jariah (amal berterusan).
Warna hijau melambangkan kesuburan, kemakmuran, dan kesejahteraan Warna hijau melambangkan kesuburan, kemakmuran, dan kesejahteraan.
Warna oren melambangkan kehangatan, tenaga, dan niat ikhlas di sebalik tindakan memberi.