Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana dalam bidang Ekonomi dari University of Kansas City Missouri, USA pada tahun 1995. Setelah itu, beliau telah memperoleh Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Ekonomi dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2003.
Dato’ Prof. Dr. Ashraf bin Md Hashim ialah Pengarah Eksekutif, Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa dalam Kewangan Islam (ISRA). Beliau juga adalah Profesor di International Centre of Education in Islamic Finance (INCEIF).
Beliau kini ialah Pengerusi, Majlis Penasihat Syariah, Bank Negara Malaysia dan ahli Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Beliau juga merupakan ahli Jawatankuasa Syariah, International Islamic Liquidity Management Cooperation (IILM) dan Pengerusi Jawatankuasa Syariah, Bursa Malaysia.
Di samping itu, beliau juga merupakan ahli lantikan Majlis Raja-Raja di dalam Majlis Muzakarah Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam, Penasihat Syariah berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti, Ahli Jawatankuasa Syariah Yayasan Wakaf Malaysia, Ahli Jawatankuasa Syariah Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan, Ahli Jawatankuasa Wakaf, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dan Ahli Jawatankuasa Kewangan dan Pelaburan, Majlis Agama Islam Selangor. Dr Ashraf juga berkhidmat sebagai Presiden, Persatuan Penasihat Syariah Kewangan Islam (ASAS).
Beliau juga adalah Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji dan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Tabung Haji. Beliau juga adalah Ahli Lembaga Pengarah kepada Halal Development Cooperation Malaysia (HDC), Express Rail Link (ERL) dan Tabung Haji Travel and Services. Di samping itu, beliau juga merupakan ahli lantikan Majlis Raja-Raja di dalam Majlis Muzakarah Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam, ahli Majlis Agama Islam Selangor.
Beliau aktif dalam pelbagai projek konsultansi kewangan Islam di dalam dan luar negara. Antara jawatan yang disandang oleh beliau ialah sebagai Ahli Jawatankuasa Syariah, Abu Dhabi Islamic Bank (ADIB), UAE, Standard Chartered Bank, UAE, Pengerusi, Majlis Pakar, Noor Takaful Nigeria, IMON Micro Credit Fund, Tajikistan, Amanat Advisory Kyrgyztan dan Penasihat Syariah kepada projek Islamic Bank of Australia. Dr Ashraf adalah juga Penasihat Syariah bagi beberapa institusi pengurusan aset, khususnya di Arab Saudi dan Singapura.
Beliau juga mengetuai banyak projek konsultansi di peringkat antarabangsa, antaranya, penyediaan Akta Perbankan Islam dan Takaful bagi Republik Maldives (2012), membangunkan Rangka Kerja Regulatori Perbankan Islam bagi negara Tajikistan (2018-2020), negara Algeria (2022- kini), pembangunan Undang-undang Sukuk Kerajaan bagi negara Afghanistan (2019-2021), pembangunan produk Sukuk Waqf Sementara Bersama Bank Pembangunan Islam (IsDB) dan pembangunan regulasi bagi Nigeria Exchange (NEX).